Product(s) Used for this Recipe
 
 
Cream of Chicken
 
 
 
Share
 

Nasi Hujan Panas

Ingredients
500g beras Basmathi, dicuci dan dituskan
2 tin (300g) Sup Ayam CAMPBELL'S
80ml minyak masak atau minyak zaitun
13 bawang merah, dihiris
5 bunga cengkih, bawang putih dihiris
4cm halia segar, dihiris halus memanjang
550ml air
Garam secukup rasa (1 sudu teh)
Beberapa titis pewarna makanan ( Merah, Kuning & Hijau)

(A)
2 serai, diketuk
3 daun pandan disimpul
4 bunga cengkih, buah pelaga & bunga lawang
2 kulit kayu manis

Untuk Hiasan
Biji gajus goreng, bawang goreng & daun pudina
 
Cooking Detail
Meal Type: Main Meal
Cook Method: Stovetop
Serving: 6
 
Methods
1) Panaskan minyak dan tumis bahan-bahan (A) sehingga bangkit baunya.
2) Masukkan bawang merah, bawang putih dan halia sehingga kekuningan.
3) Masukkan beras Basmathi dan kacau selama 2 minit.
4) Tuangkan air dan masukkan Sup Ayam CAMPBELL'S.
5) Masukkan garam secukup rasa, gaul dan pindahkan ke dalam periuk nasi.
6) Masak selama 35 minit.
7) Buka penutup dan masukkan beberapa titisan pewarna yang berbeza.
8) Tutup dan biarkan selama 5 minit.
9) Sebelum hidang, gaul nasi sehingga rata dan ceduk ke dalam pinggan hidang dan hiaskan dengan bawang goreng, biji gajus dan daun pudina.