Product(s) Used for this Recipe
 
 
Cream of Mushroom
 
 
 
Share
 

Chop Ayam Kari 'Pulley' Cendawan

Ingredients
3 paha Ayam tanpa tulang
3 biji Kentang, direbus
120g Cendawan Shiitake
20g Daun Ulam Raja
1 tin (300g) Sup Cendawan CAMPBELL’S
Jus dari separuh Limau Nipis
2 sudu besar Minyak Sayuran
2 ulas Bawang Putih, dihiris
2 sudu besar Daun Kari
Garam dan Lada Hitam secukup rasa
 
Cooking Detail
Meal Type: Main Meal
Cook Method: Stovetop
Serving: 3
 
Methods
Panaskan minyak di dalam kuali, kemudian tumis bawang putih bersama daun kari hingga wangi. Tuangkan Sup Cendawan CAMPBELL’S dan perahkan jus limau ke dalam sos. Tambahkan garam dan lada hitam secukup rasa. Masukkan sedikit air agar tidak terlalu pekat dan renih selama 5 minit.

Gaulkan paha ayam dengan sedikit garam dan lada hitam, layurkan di atas kuali yang panas bersama sedikit minyak. Masak hingga kulit kuning keemasan dan garing. Terbalikkan dan terus masak paha ayam atas api sederhana selama lebih kurang 8-10 minit. Alihkan ke dalam pinggan hidang.

Tuangkan 1 sudu besar minyak sayuran, dan panaskan. Kemudian tumis kentang dan cendawan Shiitake di atas api yang kuat sehingga kuning keemasan. Masukkan garam dan lada hitam secukup rasa. Hidangkan Chop ayam bersama sos kari 'pulley' Cendawan, dan kentang. Hiaskan dengan daun ulam raja.