Product(s) Used for this Recipe
 
 
Mushroom Potage
 
 
 
Share
 

Yee Mee Makanan Laut

Ingredients
2 sanggul Yee Mee Kering, digoreng sebentar
1 tin (300g) Sup Cendawan Dengan Kentang CAMPBELL’S
Minyak Sayuran untuk menggoreng
6 Ekor Udang Harimau, dibuang kulit
80g Sotong, dihiris
80g Filet Ikan Dory, dipotong selebar 3cm
1 biji Telur
20g Daun Kobis Cina, dicelur
3 Cendawan Shiitake, dihiris
20g Lobak Merah, dicelur
6 Kacang Sepat, dicelur
3 Jagung Muda, dicelur
2 ulas Bawang Putih, dicincang
2cm Halia Muda, dihiris
20g Daun Bawang
2 cawan Air
2 sudu kecil Minyak Bijan
2 sudu kecil Tepung Jagung
Garam dan Lada Sulah secukup rasa
 
Cooking Detail
Meal Type: Main Meal
Cook Method: Stovetop
Serving: 3
 
Methods
Panaskan 2 sudu besar minyak sayuran di dalam kuali. Goreng bawang putih dan halia sehingga wangi, masukkan udang dan goreng seketika.

Kemudian masukkan pula lobak merah, kacang sepat, jagung muda dan cendawan. Tuangkan Sup Cendawan Dengan Kentang CAMPBELL’S dan air.

Sebagai penambah rasa masukkan garam, lada sulah dan minyak bijan. Renihkan selama 3 minit kemudian masukkan isi ikan dory dan sotong. Pekatkan sos dengan larutan tepung jagung. Akhir sekali masukkan telur dan kacau sehingga rata, alihkan dari api dan tuangkan sos makanan laut ke atas Yee Mee dan kobis cina. Hiaskan dengan daun bawang.